alazhariahcommittee

July 7, 2007

Kembali Semula

Filed under: Utama

    Setelah sekian lama bercuti kembali semula ahlan wa sahlan kepada pengunjung blog ini. Terutamanya kepada para Azhari dan Azhariah dimana jua berada…

August 27, 2006

Zainab Al-Ghazali Dies at 88

Filed under: Utama

Zainab AlGhazali

 

Ogos datang lagi….dicelah kesibukan dan semangat kita menyambut kemerdekaan  negara  Malaysia  yang tercinta, ayuh bersama kita kenangi mujahidah solehah yang telah dulu mewarnai taman syurga…

3 Ogoa 2005….Perginya seorang mujahidah dan srikandi yang telah banyak menabur jasa bakti buat Addeen yang tercinta.  Mungkinkah akan ada  penggantinya?

June 14, 2006

Sejarah Ringkas Universiti Al-Azhar

Filed under: Utama

masjid alazhar

    Mengikut catatan sejarah silam,Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Pada 969Masihi Kota Kaherah telah dibuka dengan rasminya sebagai ibu negara Mesir. Dan pada 4 april 970 Masihi bersamaan 24 Jamadilawal 359Hijrah kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar dimulakan. Pada hari Jumaat, 22 Jun 972Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361Hijrah masjid ini siap dsepenuhnya, solat jumaat pertama telah didirikan di Masjid itu.


    Pada tahun 378 hijrah, seorang wali kerajaan Abbasiyah Mesir, Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah Aziz Billah agar masjid itu dijadikan Jam’iyah (Universiti). Bermula dari tarikh inilah Al-Azhar mula dikenali diseluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja umat Islam yang memenuhinya bahkan juga turut didatangi oleh orang-orang bukan Islam yang datang untuk mencedok ilmu-ilmu Islam terutamanya dari perancis dan eropah barat.


MATLAMAT Al-AZHAR

    Musuh- musuh Islam amat bimbang dengan perkembangan pesat Al-Azhar keseluruh pelusuk dunia. Ini kerana objektif penubuhan Al-Azhar adalah melahirkan para ulama’ akhirat yang bangkit membela Islam yang suci

    Pada oktober 1798 satu pemberontakan besar keatas penjajah perancis telah berlaku di Ardilkinanah ini. Pemberontakan ini telah diketuai oleh ramai sheikhul al-azhar dan antaranya ialah ALFADHIL SYEIKH SULAIMAN JAUSUQI dan SYEIKH MAURUQI. Kebangkitan yang berlaku diatas sebab  penghinaan yang dilakukan oleh penjajah perancis dengan memusnahkan ribuan kitab-kitab ulumuddin.

    Pada tahun 1800Masihi bangkit manusia berhati singa dari Al-Azhar yang bernama Sulaiman Alhalbi dan beliau telah mengembalikan maruah umat Islam dengan menumpahkan darah Cilber, ketua penjajah Perancis di Kaherah.

    Hakim pertama lulusan Al-Azhar telah dilantik pada 1805M. Beliau ialah Muhamad Ali Hakiman yang telah berjaya menentang penjajah Inggeris yang lantang menghina Al-Azhar.

    Dalam peperangan tiga segi dizaman pemerintahan Jamal Abdul Naser, para penuntut dan Sheikhul Al-Azhar turut memainkan peranan penting. Sehinggalah Mesir berjaya menawan kembali sinai dari tangan Israel.

June 2, 2006

seorang aku……..

Filed under: Tulisan Kreatif

semakin aku dewasa, semakin aku mengenali apakah itu kehidupan. Semalam yang berlalu membawa bersama beribu nostalgia yang pastinya tidak mampu untukku mahupun sesiapa..mengulanginya kembali..

menelusuri arus kehidupan yang berliku, semakin mengajarku erti kematangan. Dicelah kemodenan dunia yang serba canggih, aku kadangkala menjadi manusia yang terasak dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. 

masih tercari-cari identiti diri, manakn mungkin untuk ku telusuri jalan yang berliku tanpa pertahanan dan bekalan yang mapan, yang tidakkan mungkin mengenyangkan hati-hati yang mulia.

berada diperlembahan nil, merupakan satu keberuntungan yang amat untukku penuhi bekalan yang mulia. Tapi banyak manakah masa ku laburkan untuk itu? Asyik dengan kealpaan yang menerjah jiwa. Alangkah sempitnya dada disaat mencari perlepasan semangat diri yang tersepit dicelah kerakusan mazmumah yang mencengkam iman didada.

Bilakah akan bermulanya pengorbanan untuk membentuk pembangunan diri yang lemah. Dunia semakin rakus membolot pentajdidan, sedang aku masih lena disini.Masih terintai- intai untuk mengarah paradigma diri membentuk spektrum kehidupan yang lebih bermanfaat..

Datangku ke ardilkinanah..pastikan tiba saat pulangnya.Permusafiran akan berakhir bila sang musafir terfikir untuk membina sebuah kehidupan yang penuh pengertian. Kearah itu sang musafir memerlukan satu perancangan yang mantap untuk membina kehidupannya. Memikirkan dimanakah permastautinannya, teman hidupnya, keluarganya, dan masyarakat disekelilingnya.

Wajarkah aku..membiarkan diri terus diulit mimpi dan khayalan untuk menjadi perwira kononnya..tapi masih betah menarik selimut tebal, sedang mentari telah lama terbit memberi sinar. Terlupa langsung aku pada kedhaifan ummah..dimana-mana diseluruh dunia, suara-suara yang menuntut pembelaan diri dan agama bergema…

wahai diri, bangkit bangunlah…Lawan nafsu yang beraja…Ingatakan diri pada FirmanNya..{{BERBUATLAH KEBAIKAN NESCAYA KAMU AKAN BERJAYA}} [surah alhaj;77 ].

++berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak++

 

Mahathir slams decision to scrap bridge

Filed under: Utama, Artikel Semasa

KUALA LUMPUR, April 14 - Former premier, Tun Dr Mahathir Mohamad has lashed out at the sudden scrapping of a proposed bridge connecting the country to Singapore, a report said Friday. Mahathir, who launched plans for the bridge in 1996 during his tenure, said the structure would have been built if he was still in power, in an apparent criticism of current Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. "We were about to start (construction) but I retired," he was quoted as saying in the Sun newspaper. "If I did not leave, it would have started two-and-a-half years ago," said Mahathir, who handed over the reins to Abdullah in October 2003 after 22 years in power. In a surprise reversal on Wednesday, Malaysia dumped its long fought-over plans to replace an ageing causeway linking the neighbours, saying it could not accept a trade-off that would have given Singapore access to its airspace and sand for land reclamation projects. Abdullah has said the public was deeply opposed to Singapore being granted the concessions in return for the bridge. But Mahathir, who launched a number of broadsides at Singapore as premier, criticised delays in negotiations. "If we wait, they will find so many things more," he said, referring to concessions sought by Malaysia’s neighbour. Relations have periodically been rocked by disputes since Singapore was ejected from the Malaysian federation in August 1965, but Mahathir’s retirement was seen as an opportunity to rebuild ties. Since his departure from office, relations have warmed, with more frequent high-level exchanges and an increase in cross-border investment.

MESIR SELAYANG PANDANG

MESIR SELAYANG PANDANG

  • Republik arab Mesir merupakan sebuah negara yang meliputi 1 002 000 kilometer persegi. Namun begitu, hanya 4% dari tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang sesuaai dengan pertanian, sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit, Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah atau juga disebut sebagai muhafazah.
  • Penduduknya lebih 48 juta dan 18 juta daripadanya tinggal di Kota Kaherah.
  • Tanaman utama negara ini ialah kapas yang merupakan 1/3 dari hasil negaranya, sementara padi menjadi tanaman kedua terbesar.                                            
  • Secara umumnya suhu di Mesir adalah antara 7-40 darjah celcius. Terdapat empat musim utama terdiri daripada :

**Musim Sejuk = Disember - Februari.

**Musim bunga = Mac - Mei

**Musim panas = Jun - Ogos

**Musim Luruh = September - November

  • Setiap awal bulan oktober, perubahan masa akan berlaku lewat satu jam dan pada setiap awal bulan Mei dipercepatkan satu jam.
  • Agama Islam menjadi agama rasmi negara. 94% penduduknya beragama Islam, 1% penduduknya adalah yahudi, dan selebihnya beragama kristian.
  • Bahasa rasmi adalah Bahasa Arab, manakala bahasa perancis dan bahasa inggeris menjadi bahasa sekunder Mesir.

KENAPA DISEBUT SEBAGAI EGYPT, DAN JUGA DISEBUT SEBAGAI MISR?
  • Menurut sejarah, bangsa Semit yang tinggal di rantau ini menamakan negara ini dengan nama Misr yang bermaksud Batas. Penduduk yang duduk dieskitarnya disebut sebagai misriyyin. Orang-orang Yunani pula menyebut Mesir dengan Nama Egyptus. Nama Egyptus sering disebut-sebut dalam syair-syair pujangga agung Yunani, Homerus. Ada pendapat yang mengatakan Egypt disandarkan kepada bangsa Qibti yang merupakan bangsa Firaun.

March 14, 2006

Starting post

Filed under: Utama

First post for azhariahcommittee.
Welcome to view this site






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham